Tuesday, May 17, 2011

Titisan & Linangan Air Mata...

Bagi sesetengah perempuan, mereka menganggap jika ada lelaki yang menangis kerananya maka lelaki itu benar-benar mencintainya..... begitu juga bagi lelaki.. adalah sukar bagi seseorang lelaki itu untuk menangis kerana seorang perempuan..

Buat pertama kalinya seorang perempuan berjaya membuat aku menangis dihadapan ibuku..
Ini merupakan satu pengalaman yang baru bagi aku kerana ia merupakan kali pertama aku melakukannya..
semuanya bermula apabila suatu hari aku mendapat satu jawapan yang merupakan luar jangkaan aku..
tanpa berfikir panjang aku nekad untuk pulang ke kampung kerana terlalu kecewa..
setibanya aku di kampung aku diam seribu bahasa..sehinggalah satu malam aku menangis sambil mencium tangan ibuku kerana terlalu sedih..

Ibu tidak menyoal kenapa aku bertindak sedemikian tetapi sebaliknya..
Ibu ku tidak putus memberikan kata semangat kepada ku agar kuat dalam menempuh kehidupan..
Ibu seakan-akan memahami situasi anaknya...
ku lepaskan segala kesedihan..
segala kekecewaan..
ibu banyak memberikan aku semangat..

Setiap hari yang ku lalui penuh dgn titisan dan linangan air mata..
setiap masa aku memikirkannya..
mengingatinya..
membuatkan hati aku terasa seakan-akan hancur...rapuh..
hari ini aku drive motor sambil menitiskan air mata...
semuanya berakhir apabila aku tiba di destinasi yang dituju..
ombak yang memukul...
tiupan angin berdesir...
memberikan ketenangan seketika buat diriku..

adakah aku mampu menghadapi semua ini sendirian..
aku memerlukan seseorang disisiku... =.="

2 comments: