Friday, May 20, 2011

Kali Pertama

Walaupun episod cinta ini sudah berakhir tetapi perasaan itu takkan pernah berakhir..so tajuk kali ni adalah 
Kali Pertama..
yang mana selalunya kalau orang cerita kali pertama or 1st time mestilah sesuatu yang menyeronokkan..
ya memang apa yang aku lalui hari ini menyeronokkan kerana aku dapat peluang yang dah lama aku tunggu..
aku dapat peluang lihat dia..
melihat senyumannya..
kemanjaannya..
kemesraannya..
walaupun semua itu bukanlah dituju kepada aku..
bohonglah jika dalam hati ini tidak merasakan apa-apa..
Kali Pertama juga aku melihat dia memegang tangan seorang lelaki..
dihadapan mata aku..
sedangkan aku tidak menyentuh sedikit pun tangan dia...
kerana aku tidak mahu dia merasakan sakit melihat perbuatan ku..seperti sebelum ini..
Kali Pertama juga dia menyebut tentang perkahwinan dengan seorang lelaki..
"kalau kita dah kawin nanti....."
 dan ketika itu jugalah Kali Pertama aku rasa ingin pergi jauh...
kutelan segala-galanya..
kuterima seadanya...
namun aku bersyukur hari ini aku dapat melihat nya kembali seperti ketika aku bersamanya..
Sayang...jika engkau ditakdirkan untuk ku..
pintu hati ini sentiasa terbuka untuk mu..
walau apa sekali pun situasi engkau pada ketika itu...
Aku mencintaimu bukan kerna matamu..
bukan kerna hidungmu..
bukan kerana bibirmu..
tetapi kerna engkau adalah engkau...
insan yang aku cintai sehingga ke saat ini..
akan ku tunggu saat itu......

No comments:

Post a Comment