Wednesday, May 25, 2011

All About Her..

Beberapa minggu sudah berlalu namun aku tetap tidak dapat melupakan nya..
sedar atau tidak aku masih mencintai dia walaupun kini sudah tiba minggu2 terakhir ku utk melihatnya..
Jika di imbas kembali saat-saat manis bersamanya..
banyak yang telah kami lalui bersama..

p/s : hehe makanan kegemaran beliau... DONAT!! yummy2....


p/s : aummm....hehe si dia yang comel juga takut pada kucing..
suka sgt kacau dia bila kucing dekat..hehe.. ^_^

p/s : haa ni lg satu kegemaran dia... DOUBLE STRAW WITH ONE FOR BITE~~
hehe... comel sgt... ^_^


walau siapa pun dia...
dia sangat sempurna bagi aku..
cukuplah sekadar menyayangi mu...
cukuplah sekadar mencintaimu sayang.....

Saturday, May 21, 2011

Kali Kedua dan Yang Terakhir

Hari ini seperti biasa aku akan keluar makan tengah hari bersama sahabatku..
namun aku dikejutkan kerana kami tidak berdua..
selagi lagi buat Kali Kedua aku keluar bersama insan yang kucintai tetapi untuk bersama lelaki yang lain..
mungkin untuk Kali Pertama aku sudah bersedia untuk menghadapinya..
tetapi buat Kali Kedua ianya tidak dirancang sama sekali..
aku belum menyiapkan diriku untuk berhadapan dengan mereka..
mungkin juga kerana masih ada sedikit rasa sakit ketika Kali Pertama..
aku hanya mampu berdiam diri...
melayarkan lakonan di atas muka bumi...
menyuburkan senyuman yang kelihatan plastic..

selepas Kali Pertama aku sudah berjanji dalam diri aku agar tidak akan keluar bersama mereka lagi..
kerna rasa sakit masih lagi terasa..
aku perlukan masa untuk semua itu..
hanya blog ini yang akan menjadi saksi cinta aku kepadanya...
segalanya akan ku abadikan disini..

Friday, May 20, 2011

Kali Pertama

Walaupun episod cinta ini sudah berakhir tetapi perasaan itu takkan pernah berakhir..so tajuk kali ni adalah 
Kali Pertama..
yang mana selalunya kalau orang cerita kali pertama or 1st time mestilah sesuatu yang menyeronokkan..
ya memang apa yang aku lalui hari ini menyeronokkan kerana aku dapat peluang yang dah lama aku tunggu..
aku dapat peluang lihat dia..
melihat senyumannya..
kemanjaannya..
kemesraannya..
walaupun semua itu bukanlah dituju kepada aku..
bohonglah jika dalam hati ini tidak merasakan apa-apa..
Kali Pertama juga aku melihat dia memegang tangan seorang lelaki..
dihadapan mata aku..
sedangkan aku tidak menyentuh sedikit pun tangan dia...
kerana aku tidak mahu dia merasakan sakit melihat perbuatan ku..seperti sebelum ini..
Kali Pertama juga dia menyebut tentang perkahwinan dengan seorang lelaki..
"kalau kita dah kawin nanti....."
 dan ketika itu jugalah Kali Pertama aku rasa ingin pergi jauh...
kutelan segala-galanya..
kuterima seadanya...
namun aku bersyukur hari ini aku dapat melihat nya kembali seperti ketika aku bersamanya..
Sayang...jika engkau ditakdirkan untuk ku..
pintu hati ini sentiasa terbuka untuk mu..
walau apa sekali pun situasi engkau pada ketika itu...
Aku mencintaimu bukan kerna matamu..
bukan kerna hidungmu..
bukan kerana bibirmu..
tetapi kerna engkau adalah engkau...
insan yang aku cintai sehingga ke saat ini..
akan ku tunggu saat itu......

Thursday, May 19, 2011

The End of Love Story

Berakhir sudah episod cinta ini... yang pasti tidak akan kembali bertaut...
tidak semua insan boleh memiliki peluang kedua....
Jagalah hati dan perasaan orang yang kita sayang..
Kikislah kekurangan yang ada dalam diri kita..
paras rupa tidak menjamin kebahagiaan..
kasih sayang adalah segala-galanya...



Zaidatul Nadia Binti Azmi

p/s :
aishhhh... habis dah ke??... habis tu aku nak tgk NurKasih The Movie dgn sape ni??? ermmmm...
tgk sorg2 la jawapnye...
so kepada lelaki yang diluar sana kalau xnk tgk wayang sorg2..jagalah kekasih anda dengan sepenuh hati..
- The End -


Wednesday, May 18, 2011

Soalan Yang Tiada Jawapan...

 Kau pernah tanyakan aku tentang "kemanakah cintaku pada dirimu ketika aku bersamanya..."
Lelaki dilahirkan dengan penuh keegoan..
tidak ku nafikan aku sememangnya memiliki sifat ego yang sangat tinggi..
itu lah kekurangan aku yang aku cuba untuk hakis dari diri aku...

Disini aku akan berikan jawapan kemanakah perginya cinta aku ketika aku bersamanya..
Melupakan seseorang yang pernah dicintai bukanlah sesuatu yang mudah..
segala rasa cinta dan sayang terhadap diri mu aku letak di suatu sudut di dalam hati aku..
tidak pernah aku menyingkirkan rasa itu walaupun sedikit..

dan aku yakin engkau tertanya-tanya apakah perasaan aku terhadap dia ketika aku bersamanya..
jawapan untuk soalan ini ada padamu..
seperti mana apa yang kau rasakan ketika engkau bersama dia..
itulah yang kurasakan...

segalanya bermula atas kesilapan diriku...
apabila aku sedar akan kekuranganku....kesilapanku...
lantas aku mengambil peluang untuk memperbaiki keadaan..
memohon maaf kepadanya..dan akahirnya dia memahami..
namun segalanya telah terlambat..
engkau telah pun bersamanya...
yang belum pasti akan ku miliki semula...
selamanya.............

Tuesday, May 17, 2011

Titisan & Linangan Air Mata...

Bagi sesetengah perempuan, mereka menganggap jika ada lelaki yang menangis kerananya maka lelaki itu benar-benar mencintainya..... begitu juga bagi lelaki.. adalah sukar bagi seseorang lelaki itu untuk menangis kerana seorang perempuan..

Buat pertama kalinya seorang perempuan berjaya membuat aku menangis dihadapan ibuku..
Ini merupakan satu pengalaman yang baru bagi aku kerana ia merupakan kali pertama aku melakukannya..
semuanya bermula apabila suatu hari aku mendapat satu jawapan yang merupakan luar jangkaan aku..
tanpa berfikir panjang aku nekad untuk pulang ke kampung kerana terlalu kecewa..
setibanya aku di kampung aku diam seribu bahasa..sehinggalah satu malam aku menangis sambil mencium tangan ibuku kerana terlalu sedih..

Ibu tidak menyoal kenapa aku bertindak sedemikian tetapi sebaliknya..
Ibu ku tidak putus memberikan kata semangat kepada ku agar kuat dalam menempuh kehidupan..
Ibu seakan-akan memahami situasi anaknya...
ku lepaskan segala kesedihan..
segala kekecewaan..
ibu banyak memberikan aku semangat..

Setiap hari yang ku lalui penuh dgn titisan dan linangan air mata..
setiap masa aku memikirkannya..
mengingatinya..
membuatkan hati aku terasa seakan-akan hancur...rapuh..
hari ini aku drive motor sambil menitiskan air mata...
semuanya berakhir apabila aku tiba di destinasi yang dituju..
ombak yang memukul...
tiupan angin berdesir...
memberikan ketenangan seketika buat diriku..

adakah aku mampu menghadapi semua ini sendirian..
aku memerlukan seseorang disisiku... =.="

Monday, May 16, 2011

Hari - hari yang berlalu...

Sang pujangga pernah mengatakan bahawa "bahagia seseorang itu terletak pada kebahagiaan org yang dicintai dan disayangi" namun tidak semua mampu melakukan nya..

Setiap hari ku tempuh dgn penuh ketakutan... kesabaran.. namun aku sentiasa berusaha untuk mengukir senyuman di bibirku.. agar mereka juga bahagia..
dalam ku sendiri..
aku menangis mengenangkan dirimu...
ku cuba pendamkan segalanya..
perasaan cemburu..
perasaan sedih..
keinginan untuk memiliki mu...
keinginan untuk memelukmu...
keinginan untuk bersamamu...
keinginan untuk bergurau senda bersamamu...
tapi apa kan daya aku hanya mampu melihat kau tersenyum brsama sidia..
segala janji-janji mu dulu telah ku lepaskan..
kerna aku tahu bukan lah mudah untuk menunaikan janji..
segala yang berlaku ada hikmah nya..
mungkin bila kau mula sedar akan ke ikhlasan hati ini..
aku tidak lagi berada di samping mu..
maka blog ini lah satu2nya bukti cinta aku pada kau..
akan ku cuba hilangkan perasaan ini terhadap dirimu..
moga Allah akan berikan aku lebih kekuatan untuk tempuhi hari-hari yang mendatang..
Amin.....
 p/s : Dan Bila Esok...

p/s : I Never Told U

p/s : When You're Gone.. ^_^

Be Strong!!

Sunday, May 15, 2011

Akhirnya..

Ok guys im back... ingat lg tak Miss N?? Si Nakal yang sukakan donat.. yeah its all about her.. 
sebelum tu aku nk cerita tentang seorang sahabat.. Saznie.. haha dia suka orang panggil dia dgn nama tu
walaupun tak ramai yang panggil dia guna nama tu..
Aku tau bila korang dengar nama saznie...wahh ni mesti hensem orangnya.. well its true..
seorang yang baik hati.. bercita-cita tinggi.. yang mempunyai skills... 
banyak bende yang aku belajar dari dia..
aku kenal dia sejak awal semester aku belajar kat IKM Sik.. 
Bermula dari aku kenal dia..macam2 yang kami lakukan.. yang baik..yang nakal..
haha lawak kalau dikenangkan semula.. dua tahun bersama.. bukan satu masa yang singkat..
kau sahabat kau lah teman.. even kami nak sambung belajar pon tempat yang sama..
kos yang sama..haha kalau boleh tu tak nak berpisah la katakan..
well he is such a good guy ^_^

So now we back to the top.. cinta itu buta kan?? hehehe sememangnya... cinta itu tidak mengenal erti usia... paras rupa mahupun harta.. 
kalau dah suka maka sukalah ia walau siapa pun yang kita cintai..

dan jangan lupa cinta itu tidak semestinya memiliki.. 
apa pun yang terjadi kehidupan mesti diteruskan..
 begitulah juga ceritera hidup ku..
antara sahabat dan cinta.. hehe bukan suatu yang mudah kan...
cinta mungkin akan datang lagi tapi sahabat... hanya sekali se umur hidup..
aku harap Saznie dan juga Miss N hidup bahagia..
pesanan untuk saznie..take care of her.. anythings happen to her.. u will face me..
and Miss N u too.. take care each others... jgn nakal2..
walaupun sebenarnya aku tak patut ada dalam situasi ni aku minta maaf sebab dah banyak menyusahkan korang berdua.. mungking ini pengakhirnya.. but dont worried.. 
friendship is about the most beautiful things in life..
so take care buddy.. ^_^

p/s : Miss N yang comel.. ^_^

p/s : Saznie yang sdg cover.. haha (jgn marah) ^_^

Yang pertama belum tentu jadi yang terakhir tetapi yang terakhir adalah yang abadi.. gud luck you guys!